Isi masa terluang dengan mencuba resipi baru...kadang2 menjadi adakala gagal..cuma jgn mudah putus asa, usaha tangga kejayaan, bila resipi yg d cuba capai standart, ITULAH SATU KEPUASAN YANG SEBENAR...:)
Isnin, 21 November 2011
MUFFIN PISANG COKLAT
sumber: yani@myresipi
Bahan-bahan ( 12 biji )
100g pisang
100g tepung gandum
50g mentega-cairkan
20g serbuk koko
50g gula halus
1 biji telur- suhu bilik
1 sudu kecil baking powder
50ml susu segar
Cara-cara
Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan