Rabu, 1 Jun 2011

HOMADE KEK


kek buah tarapong





Bahan-bahan ( MUDAH )

  • 400g mix fruit dlm kotak/ timbang
  • 250g butter/sebuku butter
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan sunquick/perahan lemon/ kodial
  • 3 cawan tepung gandum red rose
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 1camca teh baking powder
  • 1 cawan air
  • 5 biji telur gred A
  • 1cawan gula jika gemar, kek yg manis


Cara-cara

  1. campurkan mix fruit, butter,air, susu pekat manis dan gula dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tunggu hingga sejuk, masukkan soda bikarbonat, hati-hati sbb akan berlaku pemeluwapan, gunakan periuk atau bekas besar.Simpan dan masukkan dlm peti ais semalaman.
  2. Ayak tepung gandum yang dicampurkan dengan baking powder
  3. blender telur sekejap sahaja, atau pun sekadar mengacau menggunakan winski, campurkan telur dengan mix pruit yg telah dikeluarkan dr peti ais dan dibiarkan cair pada suhu bilik lebih kurang 1 jam
  4. campurkan gandum guna senduk, dan bakar suhu 170c selama 1 jam, test guna lidi kalau dah xmelekat, maksudnya dah masak