Isnin, 25 Mac 2013

KEK GULA HANGUS


Bahan untuk gula hangus :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat(sudu kfc)
  • 1 sudu kecil asen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).Saya guna blender, 1x press tiap biji telur
  2. Masukkan susu pekat manis, pres lagi
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 15 minit tu pula api atas dan bawah.

Ahad, 24 Mac 2013

PUDING ROTI KISMIS


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...BAHAN-BAHAN
4 bantal roti
1 tin susu pekat
4 tin air guna sukatan  tin susu pekat
12 biji telur ayam
4 cawan buah kismis kering
1 ketul mentega

cara2
1.campurkan susu , air, telur, sedikit garam, pukul sekejap guna whisker hingga larut
2.carikkan roti, rendam dalam bahan no (1). campurkan kismis dan hirisan/potongan mentega.
3. bakar/kukus selama 40 minit hingga masak, test dengan lidi kering bila xmelekat pada lidi boleh angkat

Rabu, 6 Mac 2013

PUDING K.MOH HASSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...RESEPI PUDING  BUAH2AN 


RESEPI
lapisan bawah
2 cawan kastad
6 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir

lapisan atas
1 cawan tepong jagong
3 cawan air sirap kokteil
1/2 cawan gula pasir
1tin susu cair

1 tin buah2an kokteil

cara2
1. masak campuran lapisan bawah selama 5-10 minit, sejukkan dlm bekas
2. masak campuran lapisan atas selama 5-10 minit, sejukkan dan letakkan atas campuran pertama
3. taburkan buah2an kokteil atas tepong jagung.....