Khamis, 1 Disember 2011

RAHSIA APAM GEBU DAN LEMBUT


Apam Gebu dan tahan lembut lebih lama  versi zaujah ariff
Olahan semula 25/11/2011

2 cwn gandum cap sauh ayak bersama
3st  baking powder
3 biji telor
1 cwn gula blender
1sb  ovellate
1st vanilla
3/4 cwn susu cair

Cara2
  1. Pukul telor bersama  gula, dan ovellate, pukul hingga 10-20 minit dlm kelajuan MINIMA sahaja,pukul hingga jd warna putih dan RINGAN seperti AISING.
  2. masukkan susu + vanilla sikit, pukul lagi, masih dgn kelajuan MINIMA. Perlahankan mixer kpd speed paling rendah dan  masuk tepung sikit2 . Disarankan juga hanya guna spatula dan guna kaedah kaedah kaup balik manja . Kacau adunan seperti buat no. 8 atau pusing2kan spatula.
  3. Alternatif ke.2 ialah selang selikan campuran gandum dengan susu cair, sebati gandum baru letak susu cair, ulang hingga habis, jika mula ngan tepung habiskan juga ngan tepung.
  4. JGN PUTAR/ ADUN TERLALU LAMA, CUKUP SEKADAR SEBATI SAHAJA KERANA AKAN MENYEBABKAN TELOR MENGUNCUP/ JATUH KETIKA PROSES ADUN TEPUNG DAN SUSU CAIR, NANTI BANTAT
TIPS UNTUK DAPATKAN APAM YANG GEBU, LEMBUT TAHAN LAMA W/LAUPUN  SEJUK DAN SIMPAN LAMA DLM PETI SEJUK
(*saya letak dlm peti sejuk dlm bekas tertutup, 5 hari masih lembut, xperlu di kukus semula)

1. Kurangkan kandungan gandum daripada 270 g kpd 220g sahaja/ 2 CAWAN SHJ , pastikan adunan tidak TERLALU KENTAL ketika dibancuh tepong.


2. Tidak terdapat terlalu banyak gelembong udara dalam adunan.


3. Minyak lembutkan kuih apamomRUJUK
Kuih apam adalah makanan kegemaran semua generasi. Untuk menghasilkan kuih apam yang halus dan lembut, serta tahan lama kelembutannya, anda boleh gunakan minyak masak. Caranya ialah masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaul hingga sebati. Kemudian, kukus adunan kuih tersebut. Pastinya, apam yang terhasil akan halus dan tidak melekat pada acuan.





4. Putar mixer dlm kelajuan sederhana sahaja, w/laupun ambil masa yg lama iaitu 10 minit utk memutar campuran telor, gula dan ovellate. Tp anda akan mendapat hasil yang memuaskan hati.
(NOTE: saya hanya gunakan hand mixer kelajuan 3 /sederhana sahaja)

5. Gunakan tepung superfine untuk hasil yang lebih gebus dan mulus...

 Semoga dengan sedikit tips ini dapat sama2 kita hasilkan apam yang gebu , tahan lama kelembutannya dan sedap. Semoga secret resipi ini dapat dikongsikan untuk faedah bersama...:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 ulasan: