Khamis, 1 Disember 2011

Jenis-Jenis Resipi Aising dan Krim (Asas)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...SEMUA KOLEKSI RESIPI AISING  DAN KRIM (asas)
adalah sumbangan cikgu  ERT sekolah vokasional utk silibus kelas masakan...:),dengan perkembangan yg pesat dlm industri bakery menyebabkan wujudnya pelbagai variasi resipi aising an krim, semoga perkongsian ini dpat dimanfaaatkan bersama..insyaALLAH

Resipi Aising Mentega @Butter icing

Bahan:
200 gm mentega
600 gm gula aising
Cara: 
  1. putar mentega hingga lembut dan berwarna putih.
  2. masukkan gula aising sikit2 sambil putar.
  3. pukul adunan hingga mendpat konsistensi yang di kehendaki
SINI...ada tutorial cara menyediakan aising mentega....layan..jer mok cok gooogle

RESIPI KRIM MENTEGA @ BUTTER CREAM

BAHAN2
125g mentega
125g majerim
100 g gula halus + 125 ml air (dibuat sirap)
125ml susu cair
esen vanilla
pewarna


 CARA2

  1. Buat sirap pekat dan masukkan susu cair ke dalamnya . Sejukkan
  2. putar mentega dan marjerim bersama sehingga kembang
  3. masukkan sirap sejuk sedikit demi sedikit  sambil putar
  4. masukkan esen vanilla dan pewarna yang di kehendaki
  5. biarkan dlm peti sejuk sehingga hendak di gunakan.
Tq untuk makcik google yg sudi tunjuk cara di SINI


RESIPI AISING GLACE
Bahan2

150g gula aising diayak
1cb air panas
pewarna
esen vanilla

Cara2

  1. tuangkan air panas dlm gula aising dan kacau rata. Kemudian masukkan  esen vanilla dan pewarna jika perlu.
  2. konsisitensi separuh cair tidak terlalu keras.
  3. Gunakan dengan serta merta kerana aising ini akan cepat keras (set) bila sejuk.

gambar sumbangan makcik gooogle dr sumber di sini
Glace Icing
Stir icing sugar, butter and boiling water together in a small bowl until smooth.

Use icing immediately. If it starts to set before you have finished icing the cupcakes, stir in a few drops of hot water.
© www.exclusivelyfood.com.au

RESIPI AISING COKLAT

BAHAN2
40gm majerim
25 gm serbuk koko100g gula aising di ayak
3cb susu cair

CARA
  1. cairkan koko bersama marjerim dan masak selama 1 minit
  2. alihkan dr api dan masukkan  susu cair dan gula aising
  3. kacau sebati
kredit utk abey google kerana sudi tunjukcara di SINI DAN DISINI
RESIPI AISING SALJI @FROSTING ICING

BAHAN2
360 g gula aising di ayak
1/2 biji putih telor
1ct jus lemon/limau nipis
1/2 st glycerine 

CARA2
  1. pukul puteh telor hingga kembang dan naik @  bertanduk, masukkan gula aising sikit demi sikit, pukul dengan secukupnya.
  2. masukkan jus lemon/limau purut dan glycerine dan pukul lagi
  3. tuangkan atas kek rata2 dan bentukkan berupa salji atau boleh di bentukkan dengan menggunakan piping bag dan corong aising.

DISINI di tunjukkan cara tutorial oleh makcik gooogle penyediaan icing fresting,,...tq

RESIPI AISING FONDANT

BAHAN2
480g gula aising diayak
1cb air sejuk
1 biji puteh telor
1 cb sirap glukose @ liquick glucose
1/4 ct cuka tau jus limau nipis untuk mengeraskannya bg membentuk bunga


CARA2

  1. cairkan sirap glukose bersama air di atas api
  2. masukkan sirap dlm mangkuk adunan dan masuk ke dalamnya putih telor dan cuka. Uli hingga menjadi doh dan boleh dibentukkan dengan senang. Maukkan warna yang di kehendaki
  tutorial DISINI, TQ abey google


RESIPI AISING ROYAL

BAHAN2

100g-250g gula aising di ayak
1 biji putih telor
beberapa titik jus limau nipis

CARA2
  1.  pukul putih telor dengan sebahagian gula sehingga  gula menjadi licin.
  2. masukkan gula yang berlebihan  dan kacau sehingga mendapatkan  konsistensi yang di kehendaki. Maukkan juz limau
Anda boleh layari cara/ tutorial Royal icing di SINI
 

30 ulasan:

  1. cm susah je pe blm cba x tau

    BalasPadam
  2. cb tuh ape ekk??

    BalasPadam
  3. tengs sebab byk bantu,,,

    BalasPadam
  4. rpe-rpenye snang je wt aising fondat

    BalasPadam
  5. Salam..nk tnya yg resepi aising coklat tu ..btol ke guna 3 cawan besar susu cair?byk tu ..

    BalasPadam
  6. cb tu cmca besar kannn..ct cmca kcik..btul kannn??mna ada cwn beso or cwn kcik..xgitu..huhu

    BalasPadam
  7. Cb-camca besar
    Ct-camca tea
    Camca-sudu

    BalasPadam
  8. salam..mohon copy ye..tq=))

    BalasPadam
  9. salam..mtk izin ambil sume resepi ni ye kak. tq..

    BalasPadam
  10. resepi ni sangat senang

    BalasPadam
  11. resepi ni senang sangat

    BalasPadam
  12. Sy selalu buat butter aising..tp gula aising tu mcm x hancur..ble rasa..ada lg gula nya..cmne nk hancurkn gula tu ye..

    BalasPadam
  13. Aising royal tu tak boleh tekan 'sini' pon..private la

    BalasPadam
  14. Boleh ke aising royal tu putih telur pakai terus? Kan mentah?

    BalasPadam
  15. salam ni cuba jawab ni dia soalan kereta apa tak dak tayar

    BalasPadam
  16. Terima kasih kerana berkongsi resepi

    BalasPadam