Rabu, 21 Disember 2011

ROTI KACANG MERAH






resipi
4 cwn mumbung gandum hi protein
1/2 cawan susu tepung
1 sb gula + 1sb gandum + 11 g mauripan yis @ sepeket
(peram dlm 1 cawan air suam)= hingga berbuih dlm 10 minit
1 /4 cwn gula secubit garam
1st garam
1 st shortening
120g water roux
1 bijik teluR di pukul dgn garfu
kacang merah secukupnya
cara2
1.gaul bahan kering dan masukkan bahan basah seperti telur, air campuran yis,uli hingga sebati last masuk shortening
2.tutup dengan plastik dan perap 1 jam/ naik 2x ganda
3.tumbuk2 kan doh utk buang angin, uli dan bentukkan sesuka hati
4.bakar 160 C SELAMA 20 MINIT...SIAP
— di my lil kitchen.


Ahad, 18 Disember 2011

water ROUX




RESIPI WATER ROUX

bahan2
30g gandum
150 ml air 
1:5

cara2
campur gandum bersama air dan kacau perlahan guna api kecil, sehingga gandum masak/warna bertukar jadi putih jernih....sejukkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 17 Disember 2011

RESIPI PULUT PANGGANG @ PULUT LEPO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Jumaat, 16 Disember 2011

fresh cream

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

belu berry ciskek versi bakar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...base 

saya guna lebihan kek buah2an . Tekan kek dlm loyang hingga padat  dan masuk dlm peti ais je...1/2 jam.

Bahan  - Filling
250 gm krim keju
70 gm butter
120 gm whipping cream
120 gm gula halus ..masukkan separuh pde putih telor..untuk meringue
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla 
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]

Topping:
Filling blueberry secukupnya..

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ... 


2. Pukul putih telur sehingga naik gebu BERTANDUK @ meringue seperti gambar A. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.] 


3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan whipping cream sehingga gebu seperti gambar B


4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata. 


5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata. 
Buat teknik kaup-balikkan adunan. Seperti gambar C

6. Masukkan 1/3 meringue, bahan dlm gambar A dlm campuran C, dan kaup balik (Pusing spatula jd huruf 8) hingga habis. Adunan akan jd seperti dlm gambar D. Tuang dlm loyang yg ada base kek.



7. Bakar kaedah bain marie selama 1 jam 15 minit suhu 170 c, guna api bawah sahaja...barulah muka kek xjd hitam...:)



Selasa, 13 Disember 2011

roti YOGURT


VARIASI BENTUK ROTI YOGURT


BAHAN2

450g tpg roti+1/2 st garam halus #
150g yogurt
150 g water roux
100ml air suam +11g mauripan_1 sb gandum = peram spy yis berbuih
1 bj telor
1sb marjerim
1sb shortening
1/2 st bread improver jenama meriah #
1/2 stbread softening jenama meriah #
50 gram susu tepong fernleaf dr new zealand #



CARA2



  1. Sediakan perapan yis iaitu 11 g yis + 1sb gula + 100 ml air suam + 1sb gandum. Perap hingga berbuih.
  2. Sediakan water roux, masak 25g gandum bersama 125ml air, atas api perlahan hingga gandum masak/warna puteh cair.
  3. masuk semua bahan kering yang bertanda # dlm mesin pengadun/ mixer yang ada pencangkuk mcm lanun hingga jd serbuk roti.
  4. Masukkan yis yg dah berbuih, water roux,yogurt dan telor yg di kocok sedikit ngan garfu,dan bahan basah yg lain .putar 1/2 jam. Masukkan shortenning dan peram 1 jam.
  5. bila dah naik 2x ganda tumbuk2 dan uli semula dan  bentukkan jadi bentuk yg di gemari, bakar suhu 160 , selama 20 minit...siap






      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Jumaat, 9 Disember 2011

      COKLAT

      RUJUKAN ASAL: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...http://dellimous.blogspot.com/2011/09/pengkongsian-ilmu-coklat.html
       Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog DM, 

      Entry kali nie nk bercerita @ lebih sesuai di panggil pengkongsian ilmu berkaitan dengan coklat. Byk blog, laman web & artikel yg sya baca baik dlm negara mahupun luar negara kita. Lain negara lain persekitarannya. Sya akan mulakan dengan :

      Ape itu coklat?
      Coklat adalah hasil daripada proses pengeringan biji koko yg kemudiannya di masak mengikut suhu tertentu dan akhir sekali di kisar sehingga lumat , sehingga ianya menjadi lembap. Pada tahap ini, koko tdi tue boleh dijadikan ia cecair koko @pun serbuk atau lebih dikenali sebagai coklat gelap @ dark chocolate. coklat gelap ini adalah coklat asli yg belum dicampur dengan sebarang bahan-bahan yang dikehendaki oleh pasaran. Suhu yang berbeza ketika penanaman dan memasak akan memberikan rasa yang berbeza apabila ia dikisar.

      Terdapat 2 jenis coklat yang berada di pasaran iaitu coklat kompound & coklat converture. Coklat converture adalah coklat yang selalu digunakan oleh chef-chef terkenal di dunia. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi dengan teknik mengendalikannya dengan betul. Salah teknik coklat ini boleh dikatakan rosak manakala coklat kompound adalah coklat yang kurang teknikalnye dari segi pengendalian. kedua-dua coklat ini adalah coklat yang berkualiti. Kini di pasaran terdapat byk jenis coklat. Pastikan ia HALAL kerana di pasaran terdapat produk yang menggunakan coklat yang boleh menggemukkan, merosakkan gigi kerana terlalu banyak menggunakan gula & lemak babi yang digunakan.

      Koko ini byk di tanam di Afrika, Asia (termasuk di negara kita di Sabah) dan Amerika Latin.

      Masa saya kecik saya ada rasa biji koko nie. mkn isi buah dia fresh dri kebun. dh xgat bagaimana rasanya. teringat nk rasa pun ada.

      Jenis Coklat yg ada dalam dunia ni

      Coklat Gelap @ Dark Chocolate
      Jenis ini adalah coklat asli @ pure coklat. Sebenarnya coklat asli ini adalah pahit sepahit-pahitnya. Bayangkanlah pahitnya smpai mengenyit2 mata. hehe...Ia juga dikenali juga sebagai Plain Chocolate. Jenis coklat ini dikatakan coklat yang mampu memberikan kesihatan yg baik. Nak tahu sila baca seterusnya.

      Coklat susu @ Milk Chocolate
      Coklat ini mengandungi isi koko dan ditambah susu pekat, lemak dan gula. Ia di buat khusus utk coklat berwarna-warni.

      Coklat Putih @ White Chocolate
      Ia sebenarnya bukanlah  coklat. Hanya mengandungi lemak koko yang diambil semasa proses biji koko dan mempunyai sedikit rasa coklat , kemudian ditambah susu & gula. Ia adalah sesuai untuk menghias sebarang pencuci mulut.

      Kesihatan dengan hanya makan coklat? Makan coklat sahaja ker...???!!!


      1. Jika anda menjalani kehidupan yang aktif, coklat ini sesuai utk anda. Mengandungi gula & lemak, membekalkan anda tenaga yang mencukupi untuk seharian bekerja. Sebab inilah ramai atlit, pelajar atau sesiapa sahaja memakan coklat untuk mengembalikan tenaga dalam badan.
      2. Khasiat dalam biji koko ini juga, boleh menjadi satu antibodi semulajadi dalam badan. Kajian ada menunjukkan ia positif dalam menangani penyakit jantung, fungsi kognitif dan kualiti kulit manusia.
      3. Pasti ada xpercaya, biji koko ini mengandungi gula semulajadi. Setiap tambahan gula boleh menyebabkan gula dalam darah naik tetapi dengan biji koko ia akan menurun.
      4. Ia juga tidak akan merosakkan gigi anda.
      5. Koko dan coklat gelap tidak mengandungi kolestrol manakalan coklat susu & coklat putih mengandungi kolestrol yg minimum. ini kerana penggunaan susu di dalamnya.
      6. Dengan meminum atau makan coklat, ia mampu memberikan kanak-kanak dan remaja kalsium & protein yang diperlukan.
      7. Coklat susu dan coklat putih mengandungi Vitamin A, B12, D & E.  Vitamin A, B12 membantu pertumbesaran gigi dan tulang.
      Oleh itu, anda perlulah memastikan makanan coklat yang anda ataupun anak-anak anda mkan adalah terdiri daripada coklat seperti di atas serta HALAL.

      Jika anda ingin menempah coklat DM sila layari link ini atau email ke dellimous.malaysia@gmail.com atau sms 016-674 4366.

      Rabu, 7 Disember 2011

      chilled blueberry cheese yogurt cake

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... 
      resipi chilled blueberry cheese yogurt cake

      bahan2 yg diperlukan
      300g tatura cheese (kebetulan ada xtra 50g)- jgn membazir guna semuanyer
      100g gula pasir- blender
      200 g plain yogurt (1 bekas boleh buat 2x)
      200 g ice cream vanilla
      21g gelatin halalgel

      bahan2 base cake
      saya guna kek buah untuk resipi rujuk DISINI
      terserahlan nk letak kek2 lain pin boleh, tp d rumah ada lebihan kek buah, saya guna jer lah, timbang dlm 400 g kek buah dan tekan2 dlm loyang hingga padat. sejukkan dlm peti.




      cara2
      1. pukul cream cheese hingga putih masukkan yogurt dan gula, putar lg hingga sebati dan tiada butir2 gula. 
      2. masukkan ice-cream vanilla,mix lg
      3. Dlm bekas lain masukkan gelatin kemudian air panas dan kacau hingga sebati
      4. masukkan sikit2 demi sikit gelatin halalgel yg telah di bancuh dengan air panas.
      5. masukkan dlm loyang yg di base dgn kek
      6. masukkan dlm peti ais selama semalaman.
      7. potong dgn pisau yg d rendam air panas utk kualiti pemotongan yg terbaik

      KARIPAP MINYAK PANAS

       RESIPI KARIPAP MINYAK
      bahan2

      500G gandum
      1 cawan minyak masak
      1cawan air
      1ct garam halus

      cara2
      1. panaskan minyak dan curahkan dalam gandum yang telah di campur garam
      2. Biarkan minyak suam seketika, gaulkan hingga jadi seperti serbuk roti dan tambah air sejuk sikit2 hingga membentuk doh.
      3. terap dan canai untuk membentuk karipap.
      4. sediakan inti secukupnya mengikut citarasa/selera masing-masing, kelim dan goreng hingga kekuningan. angkat dan toskan....selamat mencuba.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Isnin, 5 Disember 2011

      kek YOGURT


      RESIPI KEK YOGURT 

      RESIPI ASAL DISINI

      Bahan-bahan ( Loyang; 10 inci )

      • 1 cawan margerin/butter
      • 2 cawan gula halus
      • 3 biji telur
      • 2 1/4 cawan tepung gandum
      • 1/2 sudu kecil baking soda
      • 1/2 sudu kecil garam
      • 8oz yogurt (gunakan yg kurang/tanpa gula) ~saya gunakan sukatan 1 cawan~
      • 1 sudu kecil lemon extract

      Cara-cara

      1. Panaskan oven pada suhu 165. Griskan loyang dengan butter & taburkan tepung. Ketuk utk mengeluarkan lebihan tepung.
      2. Pukul gula & margerin hingga ringan. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan pula extract lemon.
      3. Masukkan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul hingga sebati.
      4. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
      5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang :)



      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      pizza mauripan

      RESIPI PIZZA
       


      Bahan Doh Pizza :


      * 200 gm tepung roti @ high protein flour
      * 1 sudu makan gula
      * 1 sudu teh garam
      * 1 sudu kecil yis kering (rendam dlm 1/2 cawan air suam)
      * 100 ml air
      * 1 sudu butter - boleh guna minyak zaitun & shortening
      * 1 sudu susu tepung
      * topping - 3 batang sosej (potong bulat), 1/2 labu bawang besar (cincang @ ptg bulat),daging burger di hancurkan dan goreng tanpa minyak sekejap, rebus ayam dan carik-carikkan daging & mozzarrella & sos pizza, kalu xder bleh buh sos tomato jer


      Cara-cara:

      1. Campur semua bahan dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
      2. Preheat oven pada suhu 190 darjah selama 10min.
      3. Bila doh kembang 2 kali ganda, tumbuk & canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut.
      3. Sapu sos pizza ikut suka. lepas tu taburkan topping yang lain diakhiri dengan keju mozzarrella (ikut suka hati ya).
      4. Bakar pizza dalam suhu 190 darjah selama 20 - 25 min. Dah masak tu sedap dimakan panas-panas.

      * semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar












      ikan bakar sambal lada




      Resipi ikan bakar  sambal lada

      bahan2
       ikan kembong dan ikan kerisi @ ikut kegemaran

      lada jarum @ lada burung
      garam dan gula
      cuka
      asam limau nipis/ kasturi lebih sedap
      ajinomoto
      2-3 bawang merah bakar

      cara2
       1. bersihkan ikan dan toskan 
      2. Masukkan campuran sambal lada yang dah di blend / seelok-eloknya di peram dulu sambal lada tersebut supaya sebati dan lebih membangkitkan selera
      3. balut ikan dengan aluminium foil dan bakar 10-15 minit, guna api kecil...
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Sabtu, 3 Disember 2011

      ayam pop corn

      BAHAN-BAHAN
      1/2 ekor ayam ambil bahagian dada sahaja
      1 biji telor
      2 cawan serbuk gorengan ayam berempah @ tepong kentuky
      2 cawan minyak masak


      cara2


      1.bersihkan ayam, ambil bahagian dada sahaja, potong bersihkan dan toskan
      2. gaukan ayam dengan telor
      3. sediakan satu magkuk letakkan tepung , telak hirisan ayam, tutup mangkuk dan ayak balut ayam dengan tepong
      4.Panaskan minyak dangoreng hingga warna kekuningan, angkat dan sedia di hidangkan



      Khamis, 1 Disember 2011

      Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream

      Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream
      By: Kak Wan
      Rujukan : Pautan Kasih


      Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.


      Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 



      Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 

      Kandungan : 
      Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
      Tekstur : 
      Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
      Kegunaan : 
      Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
      Kaedah Penyimpanan : 
      Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
      Jenama di Pasaran : 
      Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
      Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
      Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
      Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan. 

      UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

      Kandungan : 
      Pepejal susu
      Tekstur : 
      Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
      Kegunaan : 
      Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
      Kaedah Penyimpanan : 
      Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
      Jenama di Pasaran : 
      Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
      Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
      Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
      UHT - Ultra High Temperature

      Jenis-Jenis Resipi Aising dan Krim (Asas)

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...SEMUA KOLEKSI RESIPI AISING  DAN KRIM (asas)
      adalah sumbangan cikgu  ERT sekolah vokasional utk silibus kelas masakan...:),dengan perkembangan yg pesat dlm industri bakery menyebabkan wujudnya pelbagai variasi resipi aising an krim, semoga perkongsian ini dpat dimanfaaatkan bersama..insyaALLAH

      Resipi Aising Mentega @Butter icing

      Bahan:
      200 gm mentega
      600 gm gula aising
      Cara: 
      1. putar mentega hingga lembut dan berwarna putih.
      2. masukkan gula aising sikit2 sambil putar.
      3. pukul adunan hingga mendpat konsistensi yang di kehendaki
      SINI...ada tutorial cara menyediakan aising mentega....layan..jer mok cok gooogle

      RESIPI KRIM MENTEGA @ BUTTER CREAM

      BAHAN2
      125g mentega
      125g majerim
      100 g gula halus + 125 ml air (dibuat sirap)
      125ml susu cair
      esen vanilla
      pewarna


       CARA2

      1. Buat sirap pekat dan masukkan susu cair ke dalamnya . Sejukkan
      2. putar mentega dan marjerim bersama sehingga kembang
      3. masukkan sirap sejuk sedikit demi sedikit  sambil putar
      4. masukkan esen vanilla dan pewarna yang di kehendaki
      5. biarkan dlm peti sejuk sehingga hendak di gunakan.
      Tq untuk makcik google yg sudi tunjuk cara di SINI


      RESIPI AISING GLACE
      Bahan2

      150g gula aising diayak
      1cb air panas
      pewarna
      esen vanilla

      Cara2

      1. tuangkan air panas dlm gula aising dan kacau rata. Kemudian masukkan  esen vanilla dan pewarna jika perlu.
      2. konsisitensi separuh cair tidak terlalu keras.
      3. Gunakan dengan serta merta kerana aising ini akan cepat keras (set) bila sejuk.

      gambar sumbangan makcik gooogle dr sumber di sini
      Glace Icing
      Stir icing sugar, butter and boiling water together in a small bowl until smooth.

      Use icing immediately. If it starts to set before you have finished icing the cupcakes, stir in a few drops of hot water.
      © www.exclusivelyfood.com.au

      RESIPI AISING COKLAT

      BAHAN2
      40gm majerim
      25 gm serbuk koko100g gula aising di ayak
      3cb susu cair

      CARA
      1. cairkan koko bersama marjerim dan masak selama 1 minit
      2. alihkan dr api dan masukkan  susu cair dan gula aising
      3. kacau sebati
      kredit utk abey google kerana sudi tunjukcara di SINI DAN DISINI
      RESIPI AISING SALJI @FROSTING ICING

      BAHAN2
      360 g gula aising di ayak
      1/2 biji putih telor
      1ct jus lemon/limau nipis
      1/2 st glycerine 

      CARA2
      1. pukul puteh telor hingga kembang dan naik @  bertanduk, masukkan gula aising sikit demi sikit, pukul dengan secukupnya.
      2. masukkan jus lemon/limau purut dan glycerine dan pukul lagi
      3. tuangkan atas kek rata2 dan bentukkan berupa salji atau boleh di bentukkan dengan menggunakan piping bag dan corong aising.

      DISINI di tunjukkan cara tutorial oleh makcik gooogle penyediaan icing fresting,,...tq

      RESIPI AISING FONDANT

      BAHAN2
      480g gula aising diayak
      1cb air sejuk
      1 biji puteh telor
      1 cb sirap glukose @ liquick glucose
      1/4 ct cuka tau jus limau nipis untuk mengeraskannya bg membentuk bunga


      CARA2

      1. cairkan sirap glukose bersama air di atas api
      2. masukkan sirap dlm mangkuk adunan dan masuk ke dalamnya putih telor dan cuka. Uli hingga menjadi doh dan boleh dibentukkan dengan senang. Maukkan warna yang di kehendaki
        tutorial DISINI, TQ abey google


      RESIPI AISING ROYAL

      BAHAN2

      100g-250g gula aising di ayak
      1 biji putih telor
      beberapa titik jus limau nipis

      CARA2
      1.  pukul putih telor dengan sebahagian gula sehingga  gula menjadi licin.
      2. masukkan gula yang berlebihan  dan kacau sehingga mendapatkan  konsistensi yang di kehendaki. Maukkan juz limau
      Anda boleh layari cara/ tutorial Royal icing di SINI
       

      RAHSIA APAM GEBU DAN LEMBUT


      Apam Gebu dan tahan lembut lebih lama  versi zaujah ariff
      Olahan semula 25/11/2011

      2 cwn gandum cap sauh ayak bersama
      3st  baking powder
      3 biji telor
      1 cwn gula blender
      1sb  ovellate
      1st vanilla
      3/4 cwn susu cair

      Cara2
      1. Pukul telor bersama  gula, dan ovellate, pukul hingga 10-20 minit dlm kelajuan MINIMA sahaja,pukul hingga jd warna putih dan RINGAN seperti AISING.
      2. masukkan susu + vanilla sikit, pukul lagi, masih dgn kelajuan MINIMA. Perlahankan mixer kpd speed paling rendah dan  masuk tepung sikit2 . Disarankan juga hanya guna spatula dan guna kaedah kaedah kaup balik manja . Kacau adunan seperti buat no. 8 atau pusing2kan spatula.
      3. Alternatif ke.2 ialah selang selikan campuran gandum dengan susu cair, sebati gandum baru letak susu cair, ulang hingga habis, jika mula ngan tepung habiskan juga ngan tepung.
      4. JGN PUTAR/ ADUN TERLALU LAMA, CUKUP SEKADAR SEBATI SAHAJA KERANA AKAN MENYEBABKAN TELOR MENGUNCUP/ JATUH KETIKA PROSES ADUN TEPUNG DAN SUSU CAIR, NANTI BANTAT
      TIPS UNTUK DAPATKAN APAM YANG GEBU, LEMBUT TAHAN LAMA W/LAUPUN  SEJUK DAN SIMPAN LAMA DLM PETI SEJUK
      (*saya letak dlm peti sejuk dlm bekas tertutup, 5 hari masih lembut, xperlu di kukus semula)

      1. Kurangkan kandungan gandum daripada 270 g kpd 220g sahaja/ 2 CAWAN SHJ , pastikan adunan tidak TERLALU KENTAL ketika dibancuh tepong.


      2. Tidak terdapat terlalu banyak gelembong udara dalam adunan.


      3. Minyak lembutkan kuih apamomRUJUK
      Kuih apam adalah makanan kegemaran semua generasi. Untuk menghasilkan kuih apam yang halus dan lembut, serta tahan lama kelembutannya, anda boleh gunakan minyak masak. Caranya ialah masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaul hingga sebati. Kemudian, kukus adunan kuih tersebut. Pastinya, apam yang terhasil akan halus dan tidak melekat pada acuan.





      4. Putar mixer dlm kelajuan sederhana sahaja, w/laupun ambil masa yg lama iaitu 10 minit utk memutar campuran telor, gula dan ovellate. Tp anda akan mendapat hasil yang memuaskan hati.
      (NOTE: saya hanya gunakan hand mixer kelajuan 3 /sederhana sahaja)

      5. Gunakan tepung superfine untuk hasil yang lebih gebus dan mulus...

       Semoga dengan sedikit tips ini dapat sama2 kita hasilkan apam yang gebu , tahan lama kelembutannya dan sedap. Semoga secret resipi ini dapat dikongsikan untuk faedah bersama...:)
       
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Rabu, 30 November 2011

      OVEN OH OVEN...

      OVEN BERJAYA


      di KL dapat ler harga RM1300, HARGA DI KELANTAN XTAU LER PULAK 
      Yang mana satu idaman kalbu, di Kelantan xbanyak kedai yang tawarkan barangan lektrik jenama Berjaya....dah servey banyak kedai, tp paling popular di kelantan yg guna elektrik, dan sesuai utk letak dlm kabinet harga mencecah RM3K,....semua org cakap kelantan ni mundur tp naper harga ribu2 yg jadi pilihan popular ?????pelik bin ajaib,...terpaksalah mixerku aku beli di KL, 39kg , nasib baik ada adik yang baik hati tq @ariff Hassan,

      masalah nyer hati ini berkenan pulak oven yg seberat 55 kg, pAStu kebesarannyer 95cm x77cm X 66CM...ADUHAI...SAYANG...sayang 2 buah kepayang di telah pahit di buang sayang.....








      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Selasa, 29 November 2011

      Kek buah-buahan bakar



      BAHAN2
      BahaN A
      2 cawan buah-buahan campuran (Jika suka lebih buah, boleh tambah)
      1 cawan susu pekat manis
      1cwn sunquick
      1 cwn air


      Bahan B
      1st ovellate
      5 biji telor
      1/2 cwn gula pasir di blender

      Bahan C
      250 g mentega
      1/2 cawan gula pasir di blender

       Bahan E
      3 cawan gandum @ 350g gandum
      1 st baking powder
      1 st soda bikarbonat

      CARA2:

      1. Masak buah-buahan campuran @  Bahan A hingga mendidih, tutup api dan biarkan semalaman.
      2. Satukan bahan B dan mix hingga berbuih /blender/ kacau guna whisker sahaja x perlu sehingga pekat
      3. Putar mentega bersama gula@ Bahan C hingga kembang/ putih.
      4. Ayak bahan E hingga habis
      5. Satukan A + B + C, masukkan sikit demi sikit gandum dan kaup balik guna spatula sahaja.
      6. Bkar 160 C selama 1 jam

      sebenarnya kek ini adalah hasil rekacipta hasil idea penyelesaian masalah sayang nak buang adunan apam polkadot yang xmenjadi. Biasanya saya akan test dengan mengukus sejumlah kecil apam polkadot, bila berlaku masalah apam mengecut@ bantat, maka saya simpan dan mula memikirkan idea untuk rekacipta resepi baru supaya adunan tidak di buang begitu sahaja. Alhamdulillah didapati kek menjadi dengan baik dan gebu.....:)


      Resepi asal ialah lebihan adunan apam polkadot, di gaul/ kaup balik dengan campuran penanbahan
      250 g mentega di putar hingga putih, 2 biji telor dimasukkan telor sebiji demi sebijik. Maukkan campuran adunan apam polkadot. Masukkan 2 cawan lagi gandum, dan kaup balik...dan akhirnya  tambah buah-buahan campuran yang di rebus dan di sejukkan seperti Bahan A,...jadi selamat mencoba, jangan di buang adunan apam polkadot yang xmenjadi yea....fikirklan idea yg lebih mantap untuk hasil yang lebih baik...
      Boleh juga di modifait untuk buat kek pisang...bila saya berjaya buat xperiment nanti saya upload n kongsi resipi lain kali...InsyaALLAH
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...