Selasa, 29 Mei 2012

resepi WAFFER RANGUP

waffle in making
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Resepi WAFFER

Bahan-bahan
2 Cawan Tepung **
1 1/2 tsp yis kering **
1 tbsp gula **
1/2 tsp garam **
3 sudu makan butter cair
2 cawan Susu Segar + 3 cawan air (panaskan biar suam)
2 biji telur
2 tbsp esen

Cara membuatnya:
- satukan bahan yang bertanda ** - satukan susu segar + air + Butter cair. tuang dalam adunan tepung. - dlm bekas lain - satukan esen vanilla + telur. pukul kembang. guna whisk - Masuk dalam adunan tepung tadi. gaul hingga sebati. - pas tu rehatkan selama 1/2 jam. adunan akan kelihatan cam b'buih sket. - pas tu apa lagi. tuang adunan atas waffle maker. bakar. agak2 garing tu leh la angkat. - sapu ngan coklat ke, bluberry jam ke.. suka ati korang la nak letak inti apa..



Ahad, 27 Mei 2012

RESEPI DONUT HOMEMADE

RESEPI DONUT HOMEMADE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... 




Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
1 peket yis kering Mauripan(11gm)
5 sudu besar gula kastor
50 gm majerin
1 biji telur A
500 gm air (secukupnya)
1 sudu teh serbuk penaik


Cara Membuatnya :
1. Sediakan sebuah besen dan satukan tepung gandum,serbuk penaik, yis kering,gula, majerin dan telur. Gaul hingga rata.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembap . Jika doh agak kering, tambah air sedikit lagi.
3. Pindahkan doh ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum.Uli dengan tangan selama 15 minit hingga lembut dan kenyal. Untuk memudahkan anda menguli. Bahagi dua doh tersebut dan ulilah satu-satu sehingga lembut.
4.Setelah lembut, satukan dua doh tadi menjadi seketul doh dan masukkan semula dalam besen dan tutup dengan kain atau plastik.Letakkan di tempat hangat seperti dalam bilik bertutup.Rehatkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.
6. Bulatkan doh kecil-kecil dan bentukkan ia. Susun dalam dulang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan ia naik selama 20 minit.
7. Panaskan minyak dan goreng donat kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Setelah suam-suam kuku, bolehlah digaul dengan gula kastor.


Tip :
1. Minyak menggoreng jangat terlalu panas kerana mudah hangus. Guna api kecil saja.
2. Donat boleh difrozen atau disimpan chiller. Caranya goreng donat hingga kembang tapi masih putih. Angkat dan toskan.Simpan dalam bekas tupperware dan letak dalam peti sejuk. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng semula hingga kuning.
3. Jika doh terlembik, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga menjadi lembut.

Sabtu, 19 Mei 2012

menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...apa yea yg nak di masak?????

pemanggang ajaib

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
rakan2 dok pakat beli..ambo pung berasa nak cuba beli nak tengok setaro mano ajaibnyer pemanggang nie...dan inilah hasilnyaer....not bad

Sabtu, 5 Mei 2012

RESEPI ROTI WHOOLEMEAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...ROTI  WHOOLEMEAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...RESEPI ROTI  WHOOLEMEAL





 BAHAN2
A) 250 ml air suam + 1 sb gula + 1 sb gandum
1 bj telor

B)2 cwn gandum whoemeal
2 cwn gandum high protein
1 sb susu tepong
50g mentega

C) 1 sb shortening
1 sk bread improver
1 sk  dough softner

 CARA
1. sediakan bahan A hingga berbuih, masuk dlm BM
2. Msukkan campuran A + B + C, AMBIL menu wholmeal , tunggu hingga masak...




RESEPI ROTI WATER ROUX






ROTI WATER ROUX

bahan2
 A)1 Pkt mauripan 11g +100 ml air suam + 1 sudu kecil gula + 1 sudu kecil gamdum ( satukan dan biar hingga menapai/ kelauar gelembung)
B)4 cwn gandum high protein, 1/4 cwn gula pasir, 1skecik garam, 1biji telor ayam, 50g mentega
C)sediakan water roux: kacau atas api slow bancuhan 50g gandum + 250ml air

cara2
1.Masuk bahan A + telor ayam + bahan C dlm BM, pastu masuk bahan A,
2. Tekan menu DOH,
3. kelayarkan dr BM tumbuk2 dan bentukkan sekuka hati ...bakar 180 celsius, selama 20-30 minit hingga masak