Isnin, 25 Mac 2013

KEK GULA HANGUS


Bahan untuk gula hangus :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat(sudu kfc)
  • 1 sudu kecil asen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).Saya guna blender, 1x press tiap biji telur
  2. Masukkan susu pekat manis, pres lagi
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 15 minit tu pula api atas dan bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan