Sabtu, 14 Julai 2012

RESEPI TART NENAS MATAHARI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
TAT NENAS MATAHARI
sumber asal dr : azlita masam manis, tq kak

BAHAN2

Pastry manis
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

cara2
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
6.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Masukkan inti jem nenas Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
7.Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

tips: bakar 180 c api bawah dan 150 c api atas selama 35 minit ( utk oven besar)

3 ulasan: