Isnin, 5 Disember 2011

kek YOGURT


RESIPI KEK YOGURT 

RESIPI ASAL DISINI

Bahan-bahan ( Loyang; 10 inci )

  • 1 cawan margerin/butter
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 8oz yogurt (gunakan yg kurang/tanpa gula) ~saya gunakan sukatan 1 cawan~
  • 1 sudu kecil lemon extract

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 165. Griskan loyang dengan butter & taburkan tepung. Ketuk utk mengeluarkan lebihan tepung.
  2. Pukul gula & margerin hingga ringan. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan pula extract lemon.
  3. Masukkan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan