Isnin, 5 Disember 2011

pizza mauripan

RESIPI PIZZA
 


Bahan Doh Pizza :


* 200 gm tepung roti @ high protein flour
* 1 sudu makan gula
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu kecil yis kering (rendam dlm 1/2 cawan air suam)
* 100 ml air
* 1 sudu butter - boleh guna minyak zaitun & shortening
* 1 sudu susu tepung
* topping - 3 batang sosej (potong bulat), 1/2 labu bawang besar (cincang @ ptg bulat),daging burger di hancurkan dan goreng tanpa minyak sekejap, rebus ayam dan carik-carikkan daging & mozzarrella & sos pizza, kalu xder bleh buh sos tomato jer


Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. Preheat oven pada suhu 190 darjah selama 10min.
3. Bila doh kembang 2 kali ganda, tumbuk & canai doh tersebut setebal 0.5 cm. Cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut.
3. Sapu sos pizza ikut suka. lepas tu taburkan topping yang lain diakhiri dengan keju mozzarrella (ikut suka hati ya).
4. Bakar pizza dalam suhu 190 darjah selama 20 - 25 min. Dah masak tu sedap dimakan panas-panas.

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan