Jumaat, 16 Disember 2011

belu berry ciskek versi bakar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...base 

saya guna lebihan kek buah2an . Tekan kek dlm loyang hingga padat  dan masuk dlm peti ais je...1/2 jam.

Bahan  - Filling
250 gm krim keju
70 gm butter
120 gm whipping cream
120 gm gula halus ..masukkan separuh pde putih telor..untuk meringue
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla 
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]

Topping:
Filling blueberry secukupnya..

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ... 


2. Pukul putih telur sehingga naik gebu BERTANDUK @ meringue seperti gambar A. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.] 


3. Pukulkan keju krim, butter, gula dan whipping cream sehingga gebu seperti gambar B


4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata. 


5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata. 
Buat teknik kaup-balikkan adunan. Seperti gambar C

6. Masukkan 1/3 meringue, bahan dlm gambar A dlm campuran C, dan kaup balik (Pusing spatula jd huruf 8) hingga habis. Adunan akan jd seperti dlm gambar D. Tuang dlm loyang yg ada base kek.



7. Bakar kaedah bain marie selama 1 jam 15 minit suhu 170 c, guna api bawah sahaja...barulah muka kek xjd hitam...:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan