Selasa, 29 November 2011

Kek buah-buahan bakar



BAHAN2
BahaN A
2 cawan buah-buahan campuran (Jika suka lebih buah, boleh tambah)
1 cawan susu pekat manis
1cwn sunquick
1 cwn air


Bahan B
1st ovellate
5 biji telor
1/2 cwn gula pasir di blender

Bahan C
250 g mentega
1/2 cawan gula pasir di blender

 Bahan E
3 cawan gandum @ 350g gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

CARA2:

  1. Masak buah-buahan campuran @  Bahan A hingga mendidih, tutup api dan biarkan semalaman.
  2. Satukan bahan B dan mix hingga berbuih /blender/ kacau guna whisker sahaja x perlu sehingga pekat
  3. Putar mentega bersama gula@ Bahan C hingga kembang/ putih.
  4. Ayak bahan E hingga habis
  5. Satukan A + B + C, masukkan sikit demi sikit gandum dan kaup balik guna spatula sahaja.
  6. Bkar 160 C selama 1 jam

sebenarnya kek ini adalah hasil rekacipta hasil idea penyelesaian masalah sayang nak buang adunan apam polkadot yang xmenjadi. Biasanya saya akan test dengan mengukus sejumlah kecil apam polkadot, bila berlaku masalah apam mengecut@ bantat, maka saya simpan dan mula memikirkan idea untuk rekacipta resepi baru supaya adunan tidak di buang begitu sahaja. Alhamdulillah didapati kek menjadi dengan baik dan gebu.....:)


Resepi asal ialah lebihan adunan apam polkadot, di gaul/ kaup balik dengan campuran penanbahan
250 g mentega di putar hingga putih, 2 biji telor dimasukkan telor sebiji demi sebijik. Maukkan campuran adunan apam polkadot. Masukkan 2 cawan lagi gandum, dan kaup balik...dan akhirnya  tambah buah-buahan campuran yang di rebus dan di sejukkan seperti Bahan A,...jadi selamat mencoba, jangan di buang adunan apam polkadot yang xmenjadi yea....fikirklan idea yg lebih mantap untuk hasil yang lebih baik...
Boleh juga di modifait untuk buat kek pisang...bila saya berjaya buat xperiment nanti saya upload n kongsi resipi lain kali...InsyaALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan