Rabu, 30 November 2011

OVEN OH OVEN...

OVEN BERJAYA


di KL dapat ler harga RM1300, HARGA DI KELANTAN XTAU LER PULAK 
Yang mana satu idaman kalbu, di Kelantan xbanyak kedai yang tawarkan barangan lektrik jenama Berjaya....dah servey banyak kedai, tp paling popular di kelantan yg guna elektrik, dan sesuai utk letak dlm kabinet harga mencecah RM3K,....semua org cakap kelantan ni mundur tp naper harga ribu2 yg jadi pilihan popular ?????pelik bin ajaib,...terpaksalah mixerku aku beli di KL, 39kg , nasib baik ada adik yang baik hati tq @ariff Hassan,

masalah nyer hati ini berkenan pulak oven yg seberat 55 kg, pAStu kebesarannyer 95cm x77cm X 66CM...ADUHAI...SAYANG...sayang 2 buah kepayang di telah pahit di buang sayang.....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 29 November 2011

Kek buah-buahan bakar



BAHAN2
BahaN A
2 cawan buah-buahan campuran (Jika suka lebih buah, boleh tambah)
1 cawan susu pekat manis
1cwn sunquick
1 cwn air


Bahan B
1st ovellate
5 biji telor
1/2 cwn gula pasir di blender

Bahan C
250 g mentega
1/2 cawan gula pasir di blender

 Bahan E
3 cawan gandum @ 350g gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

CARA2:

  1. Masak buah-buahan campuran @  Bahan A hingga mendidih, tutup api dan biarkan semalaman.
  2. Satukan bahan B dan mix hingga berbuih /blender/ kacau guna whisker sahaja x perlu sehingga pekat
  3. Putar mentega bersama gula@ Bahan C hingga kembang/ putih.
  4. Ayak bahan E hingga habis
  5. Satukan A + B + C, masukkan sikit demi sikit gandum dan kaup balik guna spatula sahaja.
  6. Bkar 160 C selama 1 jam

sebenarnya kek ini adalah hasil rekacipta hasil idea penyelesaian masalah sayang nak buang adunan apam polkadot yang xmenjadi. Biasanya saya akan test dengan mengukus sejumlah kecil apam polkadot, bila berlaku masalah apam mengecut@ bantat, maka saya simpan dan mula memikirkan idea untuk rekacipta resepi baru supaya adunan tidak di buang begitu sahaja. Alhamdulillah didapati kek menjadi dengan baik dan gebu.....:)


Resepi asal ialah lebihan adunan apam polkadot, di gaul/ kaup balik dengan campuran penanbahan
250 g mentega di putar hingga putih, 2 biji telor dimasukkan telor sebiji demi sebijik. Maukkan campuran adunan apam polkadot. Masukkan 2 cawan lagi gandum, dan kaup balik...dan akhirnya  tambah buah-buahan campuran yang di rebus dan di sejukkan seperti Bahan A,...jadi selamat mencoba, jangan di buang adunan apam polkadot yang xmenjadi yea....fikirklan idea yg lebih mantap untuk hasil yang lebih baik...
Boleh juga di modifait untuk buat kek pisang...bila saya berjaya buat xperiment nanti saya upload n kongsi resipi lain kali...InsyaALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ROTI SOSEJ







BAHAN2:


12 batang sosej di rebus
2 biji telor ayam
1 cawan serbuk roti
12 keping roti sanwich
minyak untuk menggoreng








cara2:
  1. Rebus sosej
  2. gulung sosej dlm roti dan gulung, kepal hingga roti dapat di tutup kemas
  3. celup roti dalam telor yan gtelah di kocok ngan garfu
  4. golekkan roti dalam serbuk roti 
  5. goreng dalam minyak penuh, guna api sederhana
  6. angkat bila warna kekuningan...:)
  7. selamat menjamu selera, sedap di makan dengan sos,,,cukup rasa























































Bahulu Cermai


BAHULU CERMAI
(Menghasilkan lebih kurang 100 biji)

Bahan-bahannya:
1 mangkuk telur (lebih kurang 10 biji)
1 mangkuk gula
Anggaran 500g tepung - diayak
Sedikit esen vanila
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven. Lengser kan acuan dengan minyak dan masukkan ke dalam oven.
2. Kemudian pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Ambil 6 senduk adunan tadi dan campurkan 2 senduk tepung gandun. Kacau sehingga sebati. Keluarkan acuan dan masukkan 1 sudu adunan ke dalam acuan. Bakar sehingga kekuningan.
3. Buat proses ini sehingga adunan tersebut habis.

Petua buat bahulu:

1) Pastikan acuan betul-betul panas
2) Tepung hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit.
3) Bahulu akan melekat di acuan jika adunan terlalu manis.
4) Bahulu akan menjadi keras jika adunan terlebih tepung.

SUMBER RUJUKAN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KARIPAP PUSING


Cara-cara 

 

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan. 

 Penerangan

1. Sediakan doh marjerim dan uli hingga berminyak

2.sediakan doh minyak + air , di uli , biasanya doh minyak 2x lebih banyak drp doh marjerim

3. Letak doh marjerim dalam doh minyak

4. Balut doh , tutup keseluruhan doh marjerim dengan doh minyak.

5.Canaikan doh.

6.Potong doh yang di canai.

7. Gulung doh

8.canai sekali lagi

9.Gulong doh kali ke 2

10.Potong guna pisau doh yg di gulung akan menghasilkan pusaran sebegini, boleh canai dan bubuh inti karipap, kelim dan goreng, saya xpandai nak klim karipap  secantik k.rinn, jd saya tekan dengan garfu, asal tidak terbuka...

...selamat mencuba..:) 

 

Terima kasih untuk cnp resipi dan
diedit semula drp SUMBER  
Kredit gambar drp SINI

Isnin, 28 November 2011

APAM POLKADOT VERSI SPIRAL DAN TERUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Ini adalah percubaan yang sebelas kalinya , xperimen saya jlnkan di dapur sorang2 diri , alhamdulillah jadi jua akhirnya w/laupun rupa xcomey tp ada rasa dan tekstur adalah sama nagn apam dot2 yang lain...sesungguhnya usaha tangga kejayaaan dan sabar itu separuh dr iman..insyaALLAH.
Masih menggunakan resipi yg sama seperti di SINI




APAM POLKADOT

apam polkadot dan versi spiral kombinasi warna putih dan unggu

apam variasi bentuk terung  bulat warna putih dan purple

Bahan-bahan

  • 3 biji telur-dari peti sejuk (gred A) 
  • 2 cawan tepung SUPER FINE/ cap sauh pun xper
  • 1 cwn gm gula prai / gula pasir yg sudah di blender halus
  • 3/4cwn susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder 
  • 1st vanilla esen
  • 1 sudu besar ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa 
  • pewarna ikut suka 
Cara-cara menyediakan:



Langkah pertama: 
Masukkan telur , ovellate, vanilla dan gula  pukul hingga gebu dan ringan seperti aising, pastikan warna berubah menjadi putih . Anggaran masa dlm 10 minit, .masukkan susu cair/segar sikit demi sikit ketika mixer masih putar , putar hingga kental dan pekat@ warna jadi putih macam aising.

     


    adunan yg telah di kaup balik dengan gandum
Langkah ke dua :- 
Perlahankan mixer /kelajuan paling slow, atau guna whisker sahaja, kacau perlahan2 gandum yg telah diayak, . Gaul manja jangan terlebih pukul nanti bantat. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag. 
Langkah ke tiga:


Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan. 










Langkah ke empat:
Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. last sekali dot-dot kan @ buatlah design yg anda suka seperti buah tomato,. oren, strewbwrry dsbnyer. Gunalah pelbagai  warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.Balut penutup kukusan dengan kain bersih supaya air tidak menitik pada apam.








Hasil drp xperiment dan homework yg saya jalankan sehingga habis 2 rakit telor dan berkilo gandum, serta berliter2 susu cair, maka dptlah saya simpulkan bahawa:
  1. Pastikan telur yang di pukul bersama ovellate dan gula halus telah betul2 kembang sehingga berwarna putih dan pekat, barulah di tambah susu cair .Pukul lagi dlm anggaran masa keseluruhan putar 15 minit...utk hasil yang super duoer yummy..:) 
  2. Kurangkan sukatan gandum kepada 2 cwn sahaja/ 220 gm sahaja. Dan gunakan gandum superfine/ gandum halus.
  3. Ketika campur gandum dlm adunan, gunakan putaran mixer paling slow, kalau anda masih melajukan speed, akan menyebabkan telur mendap dan bantat......so beware
  4. Sekiranya campuran telur tidak betul2 kembang akan menyebabkan , adunan akan berubah menjadi cecair semula bila kita masukkan susu cair/ fresh milk, Ini petanda apam akan bantat bila dikukus nanti.
  5. Pastikan tidak terdapat terlalu banyak bubble dlm adunan, sekiranya anda dapati bubble/gelembung udara yg banyak dlm adunan ini juga petanda apam akan bantat.
  6. Tips ini adalah utk pedoman saya utk buat apam dot2 di lain kali, semoga tips2 yang di kongsikan ini akan lebih meng konfidenkan anda utk membuat apam ini...InsyaALLAH, semoga berjaya....:)


Guna bekas dadih utk sokong paper cup
 masukkan adunan dan inti...kacang merah
pewarna di letakkan dlm plastik spy senang utk membuat design





alhamdulillah puas hati....:)

Ahad, 27 November 2011

cara2 memukul telor

website cara memukul telor dengan betul;
http://www.tasteofhome.com/Recipes/How-To-Cook/How-to-Beat-Eggs




ini adalah contoh bancuhan untuk membaking apam polkadot

ini adalah contoh adunan yang dah di gaul gandum menggunakan kaedah kaup balik....ala2 manja

selamat mencuba..semoga perkongsian ini dpt di manafaat kan bersama..INSYAALLAH




Selasa, 22 November 2011

biskut short bread

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Bahan-bahan ( Loyang 12x12 inci = 144 biji )
  • Bahan A 1 butter farmcow 
  • 170 gm brown sugar
  • Bahan B 2 telur putih (50gm)
  • Bahan C 320 gm tepung 
  • 70 gm tepung jagung 
  • 1 sudu kecil baking soda / bicarbonate soda
  • Bahan D 800gm choc masak 25gm choc putih

 

 

Cara-cara

  1. Ms_plas
    Pukul butter dengan brown sugar (bahan A), Masukkan telur (B), pukul sebati, Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda (Bahan C) sekali, masukkan sikit demi sikit. Jangan pukul lama sangat. Kalau kembang nanti bila tarik besi, dia akan pecah.. , Terap dlm loyang yang dah di gris dan dilapikkan kertas minyak.. kertas minyak tu kecikkan sikit dari loyang sebab nanti coklat melekat kat kertas. Lepas tu semua dok pakat makan kertas coklat..
  2. Ratakan dengan penggelek tapi lapikkan dengan plastic
  3. Lubangkan tepi-tepi loyang dengan penekan kuih lapis atau pakai lidi pun boleh
  4. Ms_35
    Masukkan besi, tekan sampai masuk habis. 
kredit utk: lubnarif@myresipi

coklat ball @ kek coklat bola pingpong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 Bahan-bahan ( kesukaan kanak2 )

  • 1.lebihan2 kek coklat, kek span dan apa jua kek, jangan di buang begitu saja.... 2.tambahkan susu/coklat masakan cair 3.coklat urai

Cara-cara

1. hancurkan kek dengan garfu 2. masukkan coklat masakan / susu cait/ susu pekat manis 3. kepal sebesar bola ping pong/ guli ikut suka hati 4. golek atas coklat urai dan masukkan dalam cawan kertas.

Isnin, 21 November 2011

MUFFIN PISANG COKLAT




sumber: yani@myresipi


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar 


Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Muffincoklatpisang1
    Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Muffincoklatpisang2
    Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Muffincoklatpisang3
    Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Muffincoklatpisang4
    Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Muffincoklatpisang5
    Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Muffincoklatpisang6
    Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Bakar selama 25-30 minit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VARIASI APAM

Apam

Ahad, 20 November 2011

roti nasi
















































































































































































































































RESIPI ROTI NASI 

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  5. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  6. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  7. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  8. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.


original resipi DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...