Selasa, 29 November 2011

KARIPAP PUSING


Cara-cara 

 

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan. 

 Penerangan

1. Sediakan doh marjerim dan uli hingga berminyak

2.sediakan doh minyak + air , di uli , biasanya doh minyak 2x lebih banyak drp doh marjerim

3. Letak doh marjerim dalam doh minyak

4. Balut doh , tutup keseluruhan doh marjerim dengan doh minyak.

5.Canaikan doh.

6.Potong doh yang di canai.

7. Gulung doh

8.canai sekali lagi

9.Gulong doh kali ke 2

10.Potong guna pisau doh yg di gulung akan menghasilkan pusaran sebegini, boleh canai dan bubuh inti karipap, kelim dan goreng, saya xpandai nak klim karipap  secantik k.rinn, jd saya tekan dengan garfu, asal tidak terbuka...

...selamat mencuba..:) 

 

Terima kasih untuk cnp resipi dan
diedit semula drp SUMBER  
Kredit gambar drp SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan