Jumaat, 18 November 2011

CHEESE TART



 Tart Crust / Shell




Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Terima kasih byk2 utk cnp drp:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan