apam polkadot dan versi spiral kombinasi warna putih dan unggu |
apam variasi bentuk terung bulat warna putih dan purple |
Bahan-bahan
- 3 biji telur-dari peti sejuk (gred A)
- 2 cawan tepung SUPER FINE/ cap sauh pun xper
- 1 cwn gm gula prai / gula pasir yg sudah di blender halus
- 3/4cwn susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1st vanilla esen
- 1 sudu besar ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna ikut suka
Langkah pertama:
Masukkan telur , ovellate, vanilla dan gula pukul hingga gebu dan ringan seperti aising, pastikan warna berubah menjadi putih . Anggaran masa dlm 10 minit, .masukkan susu cair/segar sikit demi sikit ketika mixer masih putar , putar hingga kental dan pekat@ warna jadi putih macam aising.
Langkah ke dua :-
Perlahankan mixer /kelajuan paling slow, atau guna whisker sahaja, kacau perlahan2 gandum yg telah diayak, . Gaul manja jangan terlebih pukul nanti bantat. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
Langkah ke tiga:
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
Langkah ke empat:
Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. last sekali dot-dot kan @ buatlah design yg anda suka seperti buah tomato,. oren, strewbwrry dsbnyer. Gunalah pelbagai warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.Balut penutup kukusan dengan kain bersih supaya air tidak menitik pada apam.
Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. last sekali dot-dot kan @ buatlah design yg anda suka seperti buah tomato,. oren, strewbwrry dsbnyer. Gunalah pelbagai warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.Balut penutup kukusan dengan kain bersih supaya air tidak menitik pada apam.
Hasil drp xperiment dan homework yg saya jalankan sehingga habis 2 rakit telor dan berkilo gandum, serta berliter2 susu cair, maka dptlah saya simpulkan bahawa:
- Pastikan telur yang di pukul bersama ovellate dan gula halus telah betul2 kembang sehingga berwarna putih dan pekat, barulah di tambah susu cair .Pukul lagi dlm anggaran masa keseluruhan putar 15 minit...utk hasil yang super duoer yummy..:)
- Kurangkan sukatan gandum kepada 2 cwn sahaja/ 220 gm sahaja. Dan gunakan gandum superfine/ gandum halus.
- Ketika campur gandum dlm adunan, gunakan putaran mixer paling slow, kalau anda masih melajukan speed, akan menyebabkan telur mendap dan bantat......so beware
- Sekiranya campuran telur tidak betul2 kembang akan menyebabkan , adunan akan berubah menjadi cecair semula bila kita masukkan susu cair/ fresh milk, Ini petanda apam akan bantat bila dikukus nanti.
- Pastikan tidak terdapat terlalu banyak bubble dlm adunan, sekiranya anda dapati bubble/gelembung udara yg banyak dlm adunan ini juga petanda apam akan bantat.
- Tips ini adalah utk pedoman saya utk buat apam dot2 di lain kali, semoga tips2 yang di kongsikan ini akan lebih meng konfidenkan anda utk membuat apam ini...InsyaALLAH, semoga berjaya....:)
Guna bekas dadih utk sokong paper cup
alhamdulillah puas hati....:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan