Isnin, 21 November 2011

MUFFIN PISANG COKLAT




sumber: yani@myresipi


Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar 


Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Muffincoklatpisang1
    Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Muffincoklatpisang2
    Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Muffincoklatpisang3
    Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Muffincoklatpisang4
    Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Muffincoklatpisang5
    Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Muffincoklatpisang6
    Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Bakar selama 25-30 minit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan