Jumaat, 18 November 2011

APAM PEEL FRESH

Bahan-bahan ( 40 bijik )

  • 2 cawan gandum hi-ratio @ superfine
  • 2 st baking powder
  • 3 biji telur ayam A
  • 1 cwn gula pasir (blender kering spy jd gula halus)
  • 1 st ovellate/ penstabil kek/ quick 75
  • 1 cawan @ 200ml susu cair
  • 1 cawan jus limau @ peel fresh supaya lebih terasa limaunyar, kalu rajin boleh ler perah sendiri jus limau
  • 1 st vanilla utk hilangkan hanyir telur
  • 1/2 st cream of tartar

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum dengan baking powder 
  2. Asingkan telur putih dgn telur kuning, putar telur putih bersama gula kisar dan cream of tartar hingga meringue@ bertanduk
  3. Pukul telur kuning dan ovellate dengan whisker sebati kemudian masukkan susu cair, gandum, jus limau, kacau hanya menggunakan whisker sehingga sebati dan gandum tidak berketul.
  4. Campurkan adunan gandum dengan telur putih yang dah bertanduk , kaup balik manja sahaja guna spatula / whisker.
  5. isikan adunan dlm mangkuk kertas atau pun dlm acuan lompang ,Kukus selama 15 minit/ hingga masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan